Friday, 30 November 2012

Ramona and Beezus

Hello people! I baru je habis tengok cerita 'Ramona and Beezus' kat lappy tadi. I gave 5 stars for this movie. Cerita ni bukan saja buat kita gelak ketawa tapi ada sesuatu yang kita boleh belajar dari cerita ni. Macam Ramona ni, seorang budak perempuan yang berani dan menceriakan orang di sekelilingnya tanpa dia sedari. Setiap perbuatan dia penuh dgn kelucuan. Dia bersungguh-sungguh nak menjadi seseorang yg lebih baik dan berkerja keras utk mencapai sesuatu. Berjaya atau tak lain cerita, yg penting usaha dulu. 

Ada satu babak dalam filem ni yang buat aku ketawa sambil guling-guling atas lantai. (rofl - rolling on the floor laughing if you guys woder what it means.)

Ayah Ramona ni seorang yg kelakar dan periang sama juga macam Ramona. Tapi satu hari, dia telah dipecat atas sebab-sebab tertentu. Maka jadi la satu situasi yg mendesak mereka utk 'survive' nak bayar bil-bil rumah bagai.. Sampai air pun nak kena bayar. Org dulu-dulu nak guna air tak kena bayar pun kan? Ambil je air sungai or air laut tu haa.. Takde sape nak larang pun.. Sekarang ni, oxygen pun kena bayar. (utk orang sakit)

So dipendekkan cerita, ayah Ramona dah dapat satu job offer kat tempat lain. Maksudnya diorang kena la berpindah ye dak? Tapi si Ramona ni tak dapat terima hakikat yg rumah tu akn dijual sbb dia sayang sangat rumah tu. Terjadi la sedikit krisis. Ramona tak boleh tahan dan terasa dia tak diperlukan lagi oleh ahli keluarganya (dia ni kan cemerkap sikit, apa yg dia buat atau pegang semua tak jadi). 

Ramona pun masuk bilik, dengan tersedu-sedannya, dia terus ambil beg dan isi barang-barang nak lari dari rumah. Tanda protes lah tu kan... Sapa kat sini pernah terasa nak lari dari rumah kecik-kecik dulu sila angkat tangan! haa... kantoi la korang pernah pasang niat nak lari kan ;)
biasa la.. budak-budak tak matang lagi masa tu. ha ha!

Sambung balik cerita tadi. Mak Ramona pun masuk bilik Ramona cuba nak pujuk dia. Tapi tahu macam mana mak dia buat? Mak dia cakap, "kalau nak lari rumah tak sesuai bawak beg kecil-kecil ni. Mak dah sediakan satu beg besar khas utk kau lari". Pastu mak dia pun bawak masuk beg besar gabak dalam bilik, tunjuk kat Ramona. Ramona pun macam pelik la kan. Betul ke idok mak aku nih? 

Mak dia siap cakap lagi, "Bawa berus gigi dgn ubat gigi tak? ni mak dah sediakan satu pek ubat gigi buat bekalan kat luar nanti. haa.. macam ni la anak mak. nanti dah sampai mana-mana jangan lupa tulis surat utk kami ye."

Ramona pun dengan dukacitanya seret la beg dia keluar rumah. sobss.. perlu diingatkan si Ramona ni budak perempuan yg sangat tinggi imaginasinya ye. Masa dia tarik beg keluar rumah tu, sempat lagi dia bayangkan dia tengah menempuh ribut taufan dgn background music yg ala-ala sedih gitu. Masuk lak kawasan Egypt la, Jambatan mana-mana hala ntah. haih... Ramona Ramona... mcm-macam kau ni ye. 

Sampai kat bus stop, Ramona pun buka beg sebab dia nak tengok apa yg berat sangat mak dia letak dalam tu. Rupa-rupanya siap ada bola bowling, sterika, dumbell ayah dia & bla bla bla.. Bus pun sampai.. Tetiba walkie talkie yg ada dalam beg tu berbunyi. Mak Ramona pun pujuk Ramona betul-betul la kali ni. Bijak kan mak dia main psychology? Next time kalau anak korang nak lari dari rumah, korang cuba la guna cara reverse psychology ni. lol! berkesan u olls~


oh.. lupa lak nak bagitau. kakak dia, Beezus tu Saleena Gomeh. 
kakak yg agak kejam kadang-kadang tapi sebenarnya penyayang. macam I lerr.. ;p

p/s: I rasa nak letak nama anak i Ramona la nanti. Biar cerdik & riang ria macam budak ni. 



No comments:

Post a Comment